Skip to main content

KETAHUI IPHONE MY SET

Mengapa anda harus beli Iphone Malaysia set?




        Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia memilih peranti Iphone dari kalangan peranti lain seperti Samsung, Vivo, Oppo dan lain-lain. Hal ini kerana berekoran dengan trend semasa dan harga yang tinggi mencetuskan seseorang individu membeli Iphone. Namun, kebanyakannya experts cenderung memilih Iphone berbanding Android. 

         Secara amnya, import set dan Malaysia set tiada perbezaan secara khusus. Semua Iphone direka dari Californa dan dikilangkan di China. Adapun perbezaanya adalah keperluan/ undang-undang/ telco pada setiap negara. Oleh itu, amat disarankan rakyat Malaysia membeli set Iphone Malaysia kerana ia adalah Iphone yang paling sesuai untuk pasaran Malaysia.

Contoh: 
- set Jepun/ Korea Selatan tidak boleh tutup camera shutter sound
- set Emiriah Arab Bersatu tiada aplikasi Facetime
-set China tiada sokongan 4G/Lte (bagi Iphone 6/6+ ke bawah)

         Bagaimana hendak mengenal pasti set Iphone yang telah dibeli? 


1) Pergi ke tetapan (settings)





2) Klik General dan About




3) Klik Model 




Makna huruf pertama pada model anda ialah:
'F' : refurbished unit
'M': retail unit
'N' : replacement unit
'P' : personalized (engraved) unit



Comments

Popular posts from this blog

KENALI TANDA BATERI HANDPHONE ANDA SUDAH ROSAK

Selalu dengar perkataan bateri rosak bila charge phone tak penuh-penuh, betul tak? Sebagai pengguna smartphone, anda sebagai pengguna sudah tahu bahawa bateri adalah salah satu komponen terpenting pada setiap handphone. Tanpa bateri, smartphone anda tidak dapat berfungsi dan dihidupkan. Setiap handphone mempunyai kapasiti bateri yang berlainan.  Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bateri handphone rosak, antaranya ialah menggunakan telefon pintar sambil mengecas handphone.  Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar. Memiliki smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum batteri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia cenderung membuatkan smartphone anda akan lebih cepat rosak kerana anda akan sering ulang-alik untuk mengisi batteri smartphone anda apabila kehabisan. Bateri Samsung kembung Bateri Iphone kembung ...

ORI VS FAKE CABLE

Dilema tiruan vs original cable selalu dihadapi oleh pengguna telefon pintar. Kebanyakan penjual akan mendakwa cable yang mereka jual original dan sebagai pembeli semestinya kita akan persoal kesahihan original cable tersebut. Kebiasaannya, apabila kita mahu membeli cable penjual sering kali bertanya "mahu beli cable apa? Samsung ke? Oppo ke? Iphone?" Sebenarnya yang penting adalah jenis cable. Cable untuk telefon pintar (android/ apple)  adalah Micro USB Cable dan USB type C untuk Honor, Google & OnePlus.   Perbezaan jenis cable ( micro, lightning, type-c)                                                                                                                  ...

Ketahui Info Mengenal Pasti Powerbank Original

     Apa itu powerbank? Perkataan powerbank berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud "penyimpan daya" . Ia merupakan sebuah alat kecil yang berfungsi untuk membantu pengguna mengecas phone tanpa memerlukan soket. Berbekalkan kabel USB dari powerbank, ia menyambungkan arus dari powerbank dan memulakan tugas untuk mengecas telefon pintar anda.        Selain dapat mengecas telefon pintar anda tanpa soket, ia juga bole digunakan mengecas Tablet, Ipad, PSP, Game Console, MP4 Player dan sebagainya. Kegunaanya yang tidak terhad telah memudahkan kehidupan seharian manusia dan lebih produktif. Hal itu tidak hairan lah jika kita lihat setiap orang pasti sahaja ada powerbank sebagai pelengkap  sama ada di dalam poket, beg mahupun di dalam kereta.           Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli powerbank, pastikan powerbank yang anda beli itu haruslah 100% original. Ini kerana jika anda memilih memb...