Skip to main content

Kedai Gadget Kuala Kangsar

5 CARA UNTUK MENJAGA KABEL IPHONE/ ANDROID ANDA




1. MENGGULUNGNYA DENGAN BETUL


Berhati – hati ketika anda menggulung kabel  kerana anda mungkin merosakkan wayar halus dalam kabel terutama jika kabel anda berselirat bila dikeluarkan dari beg tangan. Cara yang terbaik untuk menjaga kabel adalah anda perlu perlahan – lahan mengulungnya hanya dengan tiga atau empat pusingan dan memasukkan hujung kabel ke dalam gelungnya.



2. TEKANAN DAN KETEGANGAN PADA KABEL

Salah satu sebab kerosakkan kabel yang anda mungkin tidak tahu adalah kedudukan kabel tidak selari (bengkok) disebabkan ketegangan dan tekanan antara penyambung palam dan kabel. Cara untuk mengelakkannya adalah anda hanya perlu pastikan kabel anda mempunyai sedikit kelonggaran.




3. CARA SAMBUNGAN DAN MENGELUARKAN KABEL

Menyambung dan mengeluarkannya kabel anda perlahan – lahan kerana wayar halus dalam kabel mungkin rosak jika anda melakukannya dengan kasar.



4. GUNAKAN SPRING YANG TERDAPAT PADA PEN

CARA YANG TERBAIK DAN PERCUMA UNTUK MENJAGA KABEL IPHONE ANDA. APA YANG ANDA PERLUKAN ADALAH KELUARKAN SPRING DALAM PEN KEMUDIAN LILITKAN DI HUJUNG KABEL ANDA.




5. GUNAKAN CABLE WRAPPER

Mengelak cable korang yg putih suci murni tu dari kotor jadi warna daki. Paling penting elak cable cepat rosak dan tahan lama. 


Comments

Popular posts from this blog

KENALI TANDA BATERI HANDPHONE ANDA SUDAH ROSAK

Selalu dengar perkataan bateri rosak bila charge phone tak penuh-penuh, betul tak? Sebagai pengguna smartphone, anda sebagai pengguna sudah tahu bahawa bateri adalah salah satu komponen terpenting pada setiap handphone. Tanpa bateri, smartphone anda tidak dapat berfungsi dan dihidupkan. Setiap handphone mempunyai kapasiti bateri yang berlainan.  Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bateri handphone rosak, antaranya ialah menggunakan telefon pintar sambil mengecas handphone.  Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar. Memiliki smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum batteri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia cenderung membuatkan smartphone anda akan lebih cepat rosak kerana anda akan sering ulang-alik untuk mengisi batteri smartphone anda apabila kehabisan. Bateri Samsung kembung Bateri Iphone kembung ...

ORI VS FAKE CABLE

Dilema tiruan vs original cable selalu dihadapi oleh pengguna telefon pintar. Kebanyakan penjual akan mendakwa cable yang mereka jual original dan sebagai pembeli semestinya kita akan persoal kesahihan original cable tersebut. Kebiasaannya, apabila kita mahu membeli cable penjual sering kali bertanya "mahu beli cable apa? Samsung ke? Oppo ke? Iphone?" Sebenarnya yang penting adalah jenis cable. Cable untuk telefon pintar (android/ apple)  adalah Micro USB Cable dan USB type C untuk Honor, Google & OnePlus.   Perbezaan jenis cable ( micro, lightning, type-c)                                                                                                                  ...

Ketahui Info Mengenal Pasti Powerbank Original

     Apa itu powerbank? Perkataan powerbank berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud "penyimpan daya" . Ia merupakan sebuah alat kecil yang berfungsi untuk membantu pengguna mengecas phone tanpa memerlukan soket. Berbekalkan kabel USB dari powerbank, ia menyambungkan arus dari powerbank dan memulakan tugas untuk mengecas telefon pintar anda.        Selain dapat mengecas telefon pintar anda tanpa soket, ia juga bole digunakan mengecas Tablet, Ipad, PSP, Game Console, MP4 Player dan sebagainya. Kegunaanya yang tidak terhad telah memudahkan kehidupan seharian manusia dan lebih produktif. Hal itu tidak hairan lah jika kita lihat setiap orang pasti sahaja ada powerbank sebagai pelengkap  sama ada di dalam poket, beg mahupun di dalam kereta.           Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli powerbank, pastikan powerbank yang anda beli itu haruslah 100% original. Ini kerana jika anda memilih memb...