Skip to main content

KENALI TANDA BATERI HANDPHONE ANDA SUDAH ROSAK

Selalu dengar perkataan bateri rosak bila charge phone tak penuh-penuh, betul tak?


Sebagai pengguna smartphone, anda sebagai pengguna sudah tahu bahawa bateri adalah salah satu komponen terpenting pada setiap handphone. Tanpa bateri, smartphone anda tidak dapat berfungsi dan dihidupkan. Setiap handphone mempunyai kapasiti bateri yang berlainan. 


Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bateri handphone rosak, antaranya ialah menggunakan telefon pintar sambil mengecas handphone. Biasanya pengunaan yang berat seperti bermain permainan, menonton video dan proses memuat turun dokumen bersaiz besar.
Memiliki smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum batteri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia cenderung membuatkan smartphone anda akan lebih cepat rosak kerana anda akan sering ulang-alik untuk mengisi batteri smartphone anda apabila kehabisan.



Bateri Samsung kembung



Bateri Iphone kembung



Namun tahukah anda tanda-tanda bateri anda sudah rosak?


1) Bateri telefon sentiasa/ cepat panas

  • Anda boleh merasakan smartphone anda cepat panas walaupun anda tidak menggunanya. Ini disebabkan oleh mungkin penggunaan aplikasi yang banyak pada Background Process. Aplikasi-aplikasi yang berjalan pada bahagian background ini akan memakan ruang kapasiti bateri smartphone anda. Anda haruslah membuat Clear dengan kerap untuk menjaga kestabilan batteri anda.




2) Telefon mati pada tahap bateri 50%
 
  • Sesetengah pengguna akan mengalami di mana setiap kali telefon pintar dicas, walaupun status bateri menunjukkan tahap 100% tetapi apabila tiba pada tahap 50%, telefon pintar anda akan OFF secara tiba-tiba. Apabila mula dicas, telefon pintar anda menunjukkan tahap bateri 0%.




3) Bateri cepat habis
  • Tanda ini sangat lazim kepada pengguna smartphone yang mengalami kerosakan bateri. Cas mengambil masa 2 jam untuk mencapai limit kapasiti iaitu 100% full charge namun dalam beberapa minit anda dapat notifikasi bahawa bateri anda Low kembali. Anda haruslah menukar batteri baru jika keadaan batteri anda seperti ini.





4) Bateri telefon mengembung
  • Jika anda lihat dan perasan bateri anda timbul sedikit, itu tanda bateri anda sudah kembung.  Jika bateri anda sudah kembung maka cepat-cepatlah anda menukar kepada bateri yang baru. Jika perkara ini dibiarkan ia akan menjadikan batteri anda tidak mampu mengumpulkan kapasiti lagi dan mungkin akan mengundang bahaya  kerana dibimbangi akan meletup. Disamping itu, telefon pintar kamu akan panas melampau walaupun penggunaan yang sangat ringan.


Jika tanda- tanda ada pada batteri anda maka segeralah anda menukar bateri anda yang sudah rosak kepada bateri yang baru. Jangan tunggu lama-lama sehingga ianya merosakkan smartphone anda sendiri.  Jangan lupa like page kami, Mr Gadget Shoppe & share entri ini kepada semua pengguna samrtphone di luar sana!


Comments

  1. kalau bateri kembung, berapa lama phone akan bertahan? ada masalah lain timbul ke bila lambat tukar bateri atas sebab tertentu?

    ReplyDelete
  2. Kalau sy..henset sy masalah..bila d chas ok..tp bila d tarik charger nya pdm henset nya..pstu btry x naik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena macam tu jugak. Lepas sebulan terus tuka batry baru. Bahaya sebab batry menggelembong dan risau meletop.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bateri saya akan habis dari 100% ke 0% dalam masa lebih kurang 2 minit, phone akan jadi panas dan off automaticlly... perlu ke saya menukar bateri phone saya?

    ReplyDelete
  5. Bateri saya akan habis dari 100% ke 0% dalam masa lebih kurang 2 minit, phone akan jadi panas dan off automaticlly... perlu ke saya menukar bateri phone saya?

    ReplyDelete
  6. Bila off phone, tak boleh turn on mcm biasa. Kene plug in charger dulu baru boleh on. Battery rosak ke ni?

    ReplyDelete
  7. Sy dh tukar bateri hp d kedai tp bateri tu dlm 2mgu dia kembung. Dh bw blk kedai tu Dorg ckp bateri bru tu ori. Tp kali ke2 tukar pn sma juga. Hmm dorg tipu ke bateri tu ori?? 2kali dh hntr kedai tu sbb warranty 6bulan.

    ReplyDelete
  8. Saya punya pulak,cas lama sangat kira2 16 minit camtu baru saja isi 2 percent..macam mana nak mengatasi yer?

    ReplyDelete
  9. Saya dah tukar bateri baru...tp kenapa enable ti cas ya?? Sbb salah pasang bateri atau sebab bateri bru ni problem?

    ReplyDelete
  10. Bt3 sy dekat 5 minit bru Naik 1% that means bt3 sy kembung ke.

    ReplyDelete
  11. hi, honor 8x sya dia punya back panel glass tu mcm terkopek. adakah sbb gam nya dah x kuat atau battery kembong? sbb phhone x pernah rasa panas langsung, battery pon tak pernah lg buat hal atau cepat habis. made me very the risau... bila tngok back glass cover dah ter kopek... btw glass cover belakang masih cantek, phone x pernah jatuh... dan x pernah main sampai panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah bro.. Hp aku pun honor 8x.. Panel belakang dah terbuka ingatkan sebab gam x kuat.. Rupanya bateri dah kembung.. Tapi x tukar lagi.. Sampai sekarang.. Dah berbulan kembung.. Haha

      Delete
  12. Saya pengguna Samsung Galaxy Note 3. Bateri hp saya ni memang cepat habis. Tambah tambah lagi kalau bawah 40%. Bateri akan cepat turun. Awak rasa ini kerosakan bateri atau hp saya yg rosak?

    ReplyDelete
  13. Try cek btry mah Samsung tu berapa

    ReplyDelete
  14. Samsung galaxy s6 tidak boleh membuat panggilan telefon jika on data dan jika membuat panggilan,suara kita tidak didengari.

    ReplyDelete
  15. Bang, fon sy stuck kat 99% bila cas tak mau penuh da mcm biasa. Pastu fon panas padahal tak usik apa2 pun, cas pun tak. Then, bila cas sampai 95% pastu restart pun tengok2 trus tinggal 79%. Perlu tukar bateri ke ye? Fon da dkat 2 tahun tk penah ganti bateri haha

    ReplyDelete
  16. Dulu bateri telefon sy pun kembung pastu telefon tiba tiba off bila bateri kt 67%..lepas sy tukar bateri baru masalah kembung tu dah takde tapi bateri asyik off bila kt 60% gitu..kalau gitu nk buat macam mana pulak

    ReplyDelete
  17. Kalau saya, bateri sampai 50% dia terpadam tiba2.waktu sya cas balik tiba2 0%.kene tukar balik ke bateri hp aku ni?

    ReplyDelete
  18. Sorry kalau soalan saya pelik ..... Saya nak tanya kalau beteri Tak turun atau lambat turun mungkin ka ia nya rosak .... Sebagai contoh bateri kekal 84 tapi mengambil Masa Yang lama untuk turun tapi kalau dari 100 ke 98 mengambil Masa hanya 2 minit..... Maaf sekali lagi kalau pelik tapi ini menggangu saya 😅

    ReplyDelete
  19. Kalau cas hp dia naik cepat and turun cepat tu tanda apa?

    ReplyDelete
  20. saya dalam bulan lepas baru tukar battery iphone 7, and then sekarang saya tengok battery saya cepat turun. contohnya, tadi saya tengok fon saya battery 67 and then dalam 30/40 minit macam tu battery saya 63, adakah sebab ios? atau sebab battery problem?

    ReplyDelete
  21. Phone saya ni dah cas sampai 100% lepastu cabut..tak usik pun..lepas beberapa minit tiba2 turun jadi 91% mcm tu..kene tukar ke?

    ReplyDelete
  22. Saya punya phone bateri dia tidak berkurang..dan 2 jam masih 53 peratus

    ReplyDelete
  23. Saya guna hp Oppo a3s bila nk main game tiba tiba mati walaupun bateri nya 50%

    ReplyDelete
  24. ip 5s saya tk guna pon habis mcm mane yer?

    ReplyDelete
  25. ip 5s saya tk guna pon habis mcm mane yer?

    ReplyDelete
  26. ip 5s saya tk guna pon bateri habis

    ReplyDelete
  27. Kalau saya....bila bateri saya 81% lpstu dia akan terpadam sendiri....saya on kan phone saya....bila saya tgk tinggal 41%....mengapakah dia menjadi mcm tu?...perlu tukar bateri ke?Harap balas

    ReplyDelete
  28. Kalau bateri cepat sangat naik masa sedang cas, itupun tanda ii bateri rosak jugak ke ?

    ReplyDelete
  29. Fon saya ni...cas dia dua jam kan...patu bila main fon saya tgk dia cepat menurun lah tapi kalau vc ke tgk apps ke mesti turun cepat...nak kene tuka bateri ke apa ehh kalau camni..haihhh stress lah...asyik asyik kena cas ... ni lah sahnya tak suka pakai samsung😌💔haihh

    ReplyDelete
  30. Nk tnya blh tk..knp bateri hp sy 20% dh mati dh..msalah bateri ke tu

    ReplyDelete
  31. Bateri saya okay je. Tak panas sangat , tak cept sangat turun ( kalau pakai battery saver ) tapi saya rasa macam telefon saya kembung, bukak cover tak pulak rasa kembung tu. Okay ke bateri macam ni ?

    ReplyDelete
  32. Phone saya bateri penuh lama2 main fon tiba2 padam sendiri bateri tak menunjukkan turun apa2 pun itu disebabkan apa ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ORI VS FAKE CABLE

Dilema tiruan vs original cable selalu dihadapi oleh pengguna telefon pintar. Kebanyakan penjual akan mendakwa cable yang mereka jual original dan sebagai pembeli semestinya kita akan persoal kesahihan original cable tersebut. Kebiasaannya, apabila kita mahu membeli cable penjual sering kali bertanya "mahu beli cable apa? Samsung ke? Oppo ke? Iphone?" Sebenarnya yang penting adalah jenis cable. Cable untuk telefon pintar (android/ apple)  adalah Micro USB Cable dan USB type C untuk Honor, Google & OnePlus.   Perbezaan jenis cable ( micro, lightning, type-c)                                                                                                                                                                             6 Perbezaan Cable Original Vs Tiruan 1) Kualiti      - Jikalau cable original, kualiti cable tersebut berada dalam keadaan kukuh dan kuat                               manakala cable tiruan, dibuat sepenuhnya dari

Kedai Gadget dan Repair Kuala Kangsar

Kedai gadget dan repair di Kuala Kangsar iaitu kedai Mr Gadget Shoppe sudah beroperasi hampir 3 tahun bermula disember tahun 2015 sehingga kini. Terdapat pelbagai jenis gadget boleh didapati seperti casing, cable/adapter cas, powerbank, earphone dan lain-lain lagi dengan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain itu, kedai gadget ini ada membuat service membaiki komputer, laptop dan juga telefon bimbit. Disamping itu, bagi mereka yang ada masalah dengan gadget boleh bertanya terus kepada teknikal dan mereka akan memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak tentang cara penjagaan gadget dengan betul.