Apa itu powerbank? Perkataan powerbank berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud "penyimpan daya" . Ia merupakan sebuah alat kecil yang berfungsi untuk membantu pengguna mengecas phone tanpa memerlukan soket. Berbekalkan kabel USB dari powerbank, ia menyambungkan arus dari powerbank dan memulakan tugas untuk mengecas telefon pintar anda.
Selain dapat mengecas telefon pintar anda tanpa soket, ia juga bole digunakan mengecas Tablet, Ipad, PSP, Game Console, MP4 Player dan sebagainya. Kegunaanya yang tidak terhad telah memudahkan kehidupan seharian manusia dan lebih produktif. Hal itu tidak hairan lah jika kita lihat setiap orang pasti sahaja ada powerbank sebagai pelengkap sama ada di dalam poket, beg mahupun di dalam kereta.
Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli powerbank, pastikan powerbank yang anda beli itu haruslah 100% original. Ini kerana jika anda memilih membeli powerbank yang tidak original, pasti pelbagai masalah yang akan dihadapi antaranya powerbank meletop, powerbank cepat rosak dan bateri telefon pintar rosak. Seterusnya anda pasti akan menyesal beli powerbank tidak original dan murah. Ramai yang tanya pada kami di Page Mr Gadget Shoppe bagaimana cara/ tips untuk mengenal pasti powerbank original atau tidak.
Perbezaan Powerbank Pineng Original & Fake
1) Harga
Di online, terdapat ramai seller online menawarkan harga lebih murah dan mendakwa barang yang mereka jual adalah original. Pasti ramai rambang mata apabila melihat harga yang terpampang lebih murah sebanyak 50-60% dari harga original.
2) Mudah di dapati
Powerbank tiruan mudah didapati di tepi jalan, pasar malam manakala powerbank original didapati pada kedai gadget yang berdaftar seperti Mr Gadget Shoppe
3) Waranti
Powerbank tiruan selalunya diberi waranti 1-3 bulan sahaja. Ini kerana powerbank tiruan menggunakan bateri murah jadi jangka hayat bateri tersebut juga singkat. Tidak dinafikan juga, selepas 2-3 bulan powerbank tiruan tidak bole dipakai lagi dan pada waktu tersebut, anda tidak dapat claim. Berbanding powerbank original, waranti yang diberikan selalunya 6 bulan. Dan jika terdapat kerosakan sepanjang tempoh warati, pengguna dapat claim dari kedai tersebut.
4) Cepat rosak
Powerbank tiruan akan cepat rosak. Dan terdapat juga masalah pengguna akan hadapi seperti cas tidak masuk ke dalam telefon dan powerbank meletop. Powerbank original tidak akan mudah meletop ini kerana papan litar yang dipasang adalah kualiti tinggi dan penebat arus.
5) Hanya dapat cas sekali
Selepas cas powerbank hingga penuh, pengguna hanya dapat mengecas telefon pintar sekali sahaja walaupun memiliki 20 000mah. Jika powerbank original yang punyai sama kapasiti, pengguna akan dapat mengecas telefon pintar sehingga 5 kali.
Di bawah, kami sertakan gambar sebahagian contoh perbezaan powerbank Pineng Original dan tiruan.
Jika anda ingin membeli powerbank PINENG yang 100% original, boleh hubungi MR GADGET SHOPPE
terbaik tuan.. teruskan lagi usaha anda.. :)
ReplyDelete