Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai telefon
bimbit dan pastinya memudahkan hubungan jarak jauh dan juga jarak dekat tanpa
perlu mengeluarkan kos tinggi untuk berhubung. Jika dahulu fungi telefon hanya
untuk berhubung dan menyampaikan mesej, kini ia mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi yang menarik
di dalam telefon pintar. Maka tidak hairanlah jangka hayat bateri telefon itu
mampu bertahan tidak sampai sehari. Namun begitu, biarpun ia memudahkan pekerjaan manusia
sejagat yang merangkumi semua peringkat umur dari remaja hinggalah
kepada golongan bekerjaya, ia masih perlu dicas untuk kekal berfungsi.
Ramai di antara kita bingung bagaimana untuk membuatkan bateri telefon
kekal lama tanpa perlu bergantung harap pada power bank semata-mata. Ikuti tips
paling genius dari kami untuk anda aplikasikan dalam kehidupan seharian.
#1 Tutup Getaran Mod
Tutup getaran/vibration mode di dalam tetapan telefon
anda jika tidak diperlukan. Ini kerana mod getaran memakan bateri lebih dari
mod nada dering yang hanya menghasilkan getaran yang sangat kecil.
#2 Ubah Tetapan Kecerahan Skrin
Seperti sedia maklum, kecerahan skrin juga mempengaruhi kebergantungan bateri telefon anda. Kecerahan yang terlalu tinggi (maximum) akan menyebabkan bateri telefon cepat turun dalam masa singkat. Oleh itu, jika anda berada dalam kawasan yang agak malap seperti di dalam bilik, sila ubah tetapan kecerahan skrin ke kecerahan paling rendah agar dapat menjimatkan bateri telefon anda.
#3 Tukar tetapan data mudah alih kepada tetapan Wifi
Penggunaan data adalah jumlah data yang dimuat naik atau dimuat turun oleh peranti anda menggunakan data mudah alih. Untuk memastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak penggunaan bateri oleh penggunaan data, pastikan sentiasa menggunakan tetapan "wifi" terutama ketika berada di dalam rumah atau pejabat.
#4 Mod Kuasa (power saving)
Mod kuasa (power saving) juga merupakan ciri terbaik dalam telefon terutama pengguna android. Mod ini dapat menjimatkan bateri peranti anda sebanyak 30% dengan merendahkan prestasi cpu peranti. Apabila anda mengunci telefon anda, meraka menjimatkan lebih banyak kuasa bateri dengan mematikan aplikasi latar belakang secara automatik.
#5 Matikan aplikasi
Applikasi yang dimainkan di dalam peranti haruslah sentiasa dimatikan selepas selesai guna. Menutup aplikasi dengan menekan butang belakang atau rumah tidak mencukupi, ini kerana aplikasi masih berjalan di latar belakang dan mengalirkan kuasa bateri. Applikasi yang dimainkan harus ditutup secara manual seperti di dalam rajah atas.
Comments
Post a Comment